Perkhidmatan

Koperasi Kakitangan BERNAS Berhad menjalankan pelbagai jenis perkhidmatan serta aktiviti berkaitan ekonomi untuk anggota koperasi serta pelanggan

Simpanan Wang Anggota (Saham)

Potongan yuran bulanan anggota setiap bulan minimum RM30.00 sahaja sebagai simpanan. Simpanan wang anggota hanya boleh dikeluarkan sekiranya seseorang anggota itu berhenti keahlian koperasi.

Pembiayaan/Pinjaman

Pembiayaan peribadi diberikan kepada anggota dinaikkan sehingga had maksimum RM80,000.00 dengan tempoh bayaran balik sehingga 10 tahun (120 bulan). 

Pembekal Jentera

KKBB telah terlibat dalam perniagaan membekal jentera “Forklift” ke kilang-kilang BERNAS hampir diseluruh Semenanjung Malaysia. Aktiviti perniagaan telah sekian lama dijalankan dan merupakan antara penyumbang utama kepada perolehan KKBB setiap tahun.

Perladangan

KKBB telah menceburi aktiviti perladangan dengan menyertai projek Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Jelai, di Fasa 2 seluas 100 ekar.

Tenaga Buruh

Aktiviti perniagaan yang diceburi oleh KKBB melalui unit KB Trading adalah kontrak membekal pekerja (Buruh Tanggung) untuk pengendalian padi dan beras di kompleks-kompleks kilang beras BERNAS. KKBB telah mula membekal buruh tanggung kepada BERNAS semenjak tahun 2003 sehingga kini.

Pengilangan

Pengilangan dan penghasilan produk jenama Berasli dan menawarkan kontrak manufacturing (pembuatan) kepada syarikat lain. Produk yang dikeluarkan adalah berdasarkan beras dan bijirin.

Berasli All Product

Pemasaran

Menjalankan aktiviti pemasaran melalui unit KB Trading, di mana produk Berasli dipasarkan melalui outlet-outlet dan pasaran digital. Di samping itu, KKBB juga memfokuskan juga lantikan ejen secara terus bagi memastikan pasaran produk Berasli lebih meluas.

Pemborong

KKBB telah aktif menjalankan perniagaan bagi membekal dan mengedarkan bekalan bahan-bahan makanan keperluan asas kepada pelanggan organisasi dan juga individu. KKBB memiliki lesen borong untuk perniagaan barang-barang keperluan asas harian seperti beras, gula, tepung dan minyak masak.

Shopping Cart
Scroll to Top