
Koperasi Kakitangan BERNAS Berhad (KKBB) merupakan sebuah Koperasi Kakitangan Padiberas Nasional Berhad. Ditubuhkan pada 30hb. Jun 1973 dengan nama asalnya Syarikat Kerjasama Serbaguna Kalpana Berhad. Penubuhan Koperasi ini adalah hasil daripada hasrat kakitangan Lembaga Padi dan Beras Negara ( LPN ) pada ketika itu untuk mewujudkan satu bentuk Kerjasama dan semangat saling tolong menolong dikalangan anggota–anggota dan juga mengumpul wang untuk tujuan modal perniagaan bagi membantu meningkatkan lagi taraf sosio-ekonomi disamping mewujudkan satu bentuk kemudahan kewangan bagi membantu menyelesaikan masalah kewangan anggota-anggota. Berikutan pengkopratan dan kemudian penswastaan institusi Lembaga Padi dan Beras Negara, nama Koperasi ini turut ditukar kepada nama Koperasi Kakitangan BERNAS Berhad seperti yang dikenali pada hari ini.
VISI
MEMBENTUK DAN MENJADIKAN KOPERASI KAKITANGAN BERNAS BERHAD ANTARA ENTITI KOPERASI GERGASI YANG BERJAYA
MISI
KAMI MAHU MEMBERI DAN MENYEDIAKAN KEMUDAHAN PERKHIDMATAN DAN PULANGAN YANG MAKSIMUM KEPADA ANGGOTA – ANGGOTA DI SAMPING MEMBENTUK SATU PENGURUSAN YANG LEBIH EFISYEN, EFEKTIF DAN BERETIKA BERBUDAYA CEMERLANG
- Faedah Anggota Bersara
- Terbuka kepada anggota-anggota yang telah menjadi anggota tidak kurang daripada 10 tahun berterusan sehingga ke hari persaraannya pada umur tidak kurang daripada 55 tahun termasuklah bersara atas sebab-sebab kesihatan.
- Setiap anggota diberikan hanya sekali sahaja menerima hadiah bersara sepanjang hayatnya.
- Anggota hendaklah memaklumkan pesaraannya secara bertulis kepada Lembaga tidak kurang daripada 2 bulan sebelum tarikh persaraan beserta dengan surat pengesahan dari majikan.
- Hadiah Pelajaran
- Terbuka kepada anak-anak anggota.
- Memperoleh keputusan tidak kurang daripada :
UPSR 5A = RM100
@ Mendapat Tawaran Ke Sekolah Berasrama Penuh (tambahan)
PT3 7A = RM150
SPM 7A = RM150
(tambahan RM10 bagi ‘A’ berikutnya)
STPM 3A = RM175
(Cemerlang 5A RM200)
Diploma CGPA 3.00 = RM225
CGPA 2.75 (Kejuruteraan, Arkitek, Actuarial Science)
CGPA 3.75 = RM275
Ijazah 2nd Class Upper = RM300
2nd Class Lower (Perubatan, Kejuruteraan & Sains)
1st Class Hons = RM500 + Hadiah Khas ALK
- Khairat Kematian (suami/isteri/anak)
- Anggota = RM1,500
2. Bukan anggota = RM750
SENARAI ANUGERAH
KKBB telah mendapat pengiktirafan koperasi 4 bintang dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan mendapat banyak lagi pengiktirafan di peringkat kebangsaan seperti :
- Anugerah Menteri Besar Selangor (1994)
- Anugerah Koperasi Projek Berdaya Maju (1994)
- Anugerah Koperasi Kredit Selangor (2003)
- Anugerah Koperasi Berdaya Maju (2005)
- Anugerah Khas SAWARI (2005)
- Anugerah Koperasi Kredit (2007)
- Anugerah Pengurus Koperasi Cemerlang (2010)
- Anugerah Penarafan Koperasi 4 Bintang (2010)
- Anugerah Koperasi Berinovatif Negeri Selangor (2010)
- Anugerah 100 Koperasi Terbaik Malaysia
- Tahun 2016 – Kedudukan ke 89
- Tahun 2017 – Kedudukan ke 95
- Tahun 2018 – Kedudukan ke 51
- Anugerah Koperasi Terbaik Sektor Pemborongan & Peruncitan (2017)
AKTIVITI KKBB
Potongan yuran bulanan anggota setiap bulan minimum RM30.00 sahaja sebagai simpanan. Simpanan wang anggota hanya boleh dikeluarkan sekiranya seseorang anggota itu berhenti keahlian koperasi.
Pembiayaan peribadi diberikan kepada anggota dinaikkan sehingga had maksimum RM80,000.00 dengan tempoh bayaran balik sehingga 10 tahun (120 bulan). Mengikut Pekeliling Koperasi Bil: 01/2014 had potongan gaji adalah sehingga 60% daripada jumlah pendapatan Bagi potongan melalui Angkasa dan 50% bagi potongan melalui majikan dengan kadar faedah 6.00% setahun tertakluk kepada terma da syarat pinjaman.
KKBB telah terlibat dalam perniagaan membekal jentera “Forklift” ke kilang-kilang BERNAS hampir diseluruh Semenanjung Malaysia. Aktiviti perniagaan telah sekian lama dijalankan dan merupakan antara penyumbang utama kepada perolehan KKBB setiap tahun. Perniagaan penyewaan jentera “Forklift” ini dijalankan oleh unit KB Trading iaitu unit yang diwujudkan sebagai cabang kepada perniagaan KKBB. KKBB juga berhasrat untuk mencebur bidang perniagaan ini di syarikat-syarikat luar kerana KKBB telah mempunyai pengalaman luas dalam pengurusan pembekalan jentera ini.
Satu lagi aktiviti perniagaan yang diceburi oleh KKBB melalui unit KB Trading adalah kontrak membekal pekerja (Buruh Tanggung) untuk pengendalian padi dan beras di kompleks-kompleks kilang beras BERNAS. KKBB telah mula membekal buruh tanggung kepada BERNAS semenjak tahun 2003 sehingga kini. Pihak BERNAS telah memberi kepercayaan kepada KKBB untuk menjalankan kerja-kerja pengendalian padi dan beras ini di 13 kompleks kilang memproses padi dan beras.
Kerja-kerja tersebut diperolehi dari tender-tender yang dibida oleh KKBB dan bersaing dengan kontraktor-kontraktor luar. Persaingan dalam bidang aktiviti ini adalah sangat sengit tambahan pula persaingan bersama sektor swasta yang tiada had dalam urusan perniagaan. Kontrak buruh tanggung di kompleks-kompleks kilang padi BERNAS ini adalah antara penyumbang terbesar dalam perolehan pendapatan dan keuntungan KKBB selama ini. Keuntungan dari kegiatan ini telah memberi manfaat yang besar kepada ahli-ahli yang terdiri daripada kakitangan BERNAS.
Coop Mart KKBB mula beroperasi pada tahun 2011 dan lokasinya adalah di tingkat bawah bangunan pejabat KKBB. Perniagaan runcit yang dijalankan ini adalah sebagai platform untuk menyalurkan barang-barang Coop 1 Malaysia dan juga bekalan makanan asasi yang diuruskan oleh KB Trading (Bahagian Pemborongan) yang membuat aktiviti perniagaan pemborongan disamping jualan runcit terus kepada pelanggan. Dengan kaedah tersebut, harga jualan runcit di kedai Coop Mart adalah murah dan sangat berpatutan
KKBB memiliki lessen borong untuk perniagaan barang-barang keperluan asas harian seperti beras, gula, tepung dan minyak masak. KKBB telah aktif menjalankan perniagaan bagi membekal dan mengedarkan bekalan bahan-bahan makanan keperluan asas kepada pelanggan organisasi dan juga individu.
Unit KB Trading juga menjalankan pelbagai aktiviti pemasaran seperti pemasaran produk Berasli. KKBB melihat bidang perniagaan ini adalah sangat berdaya maju dan ia juga salah satu daripada “Entry Point Project” (EPP) yang disarankan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). KKBB dalam meluaskan pasaran produk Berasli banyak mengambil bahagian dalam expo
dan pameran-pameran yang dianjurkan didalam Negara mahu pun dipersada antarabangsa. Berikut merupakan produk Berasli :-
- Minuman Segera Beras Perang (Berasli Energy)
- Minuman Barli Segera
- Bubur Nasi Segera Perisa Ayam
- Bubur Nasi Segera Perisa Cendawan
- Bubur Nasi Segera Perisa Rumpai Laut
Produk Berasli juga sudah memasuki pasaran Pasaraya Besar (Hyper Market) seperti TESCO, Giant, AEON Big, Mydin, rangkaian kedai HALAL seperti Az-Zain, pasar-pasar mini dan juga melantik ajen-ajen individu meluaskan lagi pasaran produk.
Sebagai persiapan untuk bersaing pada masa hadapan, KKBB telah menyahut seruan yang disarankan oleh Kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dimana Pertanian/Perladangan itu adalah satu perniagaan. KKBB sebagai koperasi telah mengorak langkah dengan melibatkan diri dalam aktiviti pertanian melalui Projek Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) anjuran Jabatan Pertanian Negeri Pahang. Lokasi kawasan pertanian yang diceburi adalah di Kuala Medang, Kawasan Jelai, Pahang seluas 100 ekar dengan tanaman Nangka Madu jenis J33. Tanaman yang diusahakan itu kini membuahkan hasil dan ia menjadi harapan KKBB projek pertanian yang diceburi ini akan menjadi penyumbang kepada perolehan kepada KKBB.