Perkilangan

Perkilangan

KBFI telah memulakan operasi pengilangan dengan membuat pengeluaran sendiri produk BERASLI pada bulan Ogos 2007. Produk tersebut yang sebelum ini dibuat melalui kontrak pengilangan telah dikeluarkan oleh kilang sendiri dengan bantuan pembelian mesin oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) melalui Jabatan Pembangunan Koperasi (JPK) yang sekarang ini dikenali sebagai SuruhanJaya Koperasi Malaysia (SKM). KBFI adalah pengilang pengeluaran makanan berasaskan beras dan produk utama KBFI adalah serbuk minuman segera beras perang. KBFI adalah satu-satunya syarikat bumiputra dan koperasi yang mengeluarkan makanan dan minuman yang diperbuat daripada beras.