aktiviti perniagaan yang diceburi oleh KKBB melalui unit KB Trading adalah kontrak membekal pekerja (Buruh Tanggung) untuk pengendalian padi dan beras di kompleks-kompleks kilang beras BERNAS. KKBB telah mula membekal buruh tanggung kepada BERNAS semenjak tahun 2003 sehingga kini. Pihak BERNAS telah memberi kepercayaan kepada KKBB untuk menjalankan kerja-kerja pengendalian padi dan beras ini di 13 kompleks kilang memproses padi dan beras.
Kerja-kerja tersebut diperolehi dari tender-tender yang dibida oleh KKBB dan bersaing dengan kontraktor-kontraktor luar. Persaingan dalam bidang aktiviti ini adalah sangat sengit tambahan pula persaingan bersama sektor swasta yang tiada had dalam urusan perniagaan. Kontrak buruh tanggung di kompleks-kompleks kilang padi BERNAS ini adalah antara penyumbang terbesar dalam perolehan pendapatan dan keuntungan KKBB selama ini. Keuntungan dari kegiatan ini telah memberi manfaat yang besar kepada ahli-ahli yang terdiri daripada kakitangan BERNAS.