KKBB telah menceburi aktiviti perladangan dengan menyertai projek Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Jelai, di Fasa 2 seluas 12.5 hektar (30 ekar) bermula pada 6.6.2012 . Pada awalnya ladang tersebut ditanam dengan pokok Pisang Abu Nipah kerana ia dapat memberi pulangan segera. Pada waktu yang sama pokok nangka madu jenis J33 juga telah ditanam bagi mengikut syarat oleh Jabatan Pertanian. Dari segi pemasaran pula, pihak KKBB telah membuat perjanjian dengan pihak FAMA bagi memasarkan hasil-hasil tanaman tersebut.